Pelajari Matematik Cara Mudah Di CIC.
NEW MATHS
APA ITU NEW MATHS????
Program ini akan membantu merangsang perkembangan otak kiri dan kanan kanak-kanak disamping dapat meningkatkan keupayaan berfikir dengan logik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Konsep yang diajar di dalam Program New Maths ini adalah keupayaan :
- memerhati,
- berfikir secara logik,
- kemahiran pengiraan,
- menguatkan daya, ingatan,
- koordinasi antara deria-motor,
- kreativiti, 100 teori asas matematik dalam konsep terbitan,
- warna, bentuk,
- pemetaan ruang dan
- bayangan geometri.
Kanak-kanak akan diberikan satu 'brief case' mengandungi 3 buku mengikut peringkat, krayon, pen berwarna, tangram, carta dinding mini, pelekat bernombor dan bahan belajar yang interaktif demi merangsang perkembangan minda kanak-kanak.
Ciri-ciri bahan mengajar ini sangat menarik dan efektif yang hanya memerlukan pengawasan minimum untuk setiap peringkat, suasana pembelajaran yang bercirikan interaktif dan pemenang 9 kali anugerah "Kid Mathematics Teaching Material Highest Honorary Awards" menggunakan kaedah pengajaran dan alat bantu mengajar yang menumpu secara menyeluruh kepada setiap kanak-kanak.
Dengan nisbah bilangan guru dan murid yang kecil iaitu satu guru, 10 kanak-kanak, CIC percaya sangat bermanfaat. Antaranya adalah pendekatan yang kreatif oleh guru-guru dapat membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan nombor dan masalah matematik. Disamping dapat merangsang perkembangan otak kiri dan kanan kanak-kanak itu, kerjaya dan masa depan seseorang akan lebih luas dan cerah jika seseorang individu dapat menguasai kerumitan dalam subjek Matematik.
Terdapat 3 peringkat di dalam program ini iaitu Peringkat Rendah (Peringkat 1 & 2), Peringkat Pertengahan (Peringkat 3 & 4) dan Peringkat Atas (Peringkat 5 & 6). Kanak-kanak akan diuji untuk menentukan mereka di peringkat yang mana.
Tunggu Apa Lagi.
Jom daftar segera
CIC SURI PUTERI
Call:03-5545 0328(CIC SURI PUTERI)




Comments
Post a Comment